Sitemap | Home    
» Home » PADUCare - Our Social Responsibility » PADUCare - Our Social Responsibility

  PADUCare - Our Social Responsibility

"Whilst our newer generation might be more educated on matters of health, many from our older generations may still lack knowledge and know-how for healthy living. Sadly, these people are also likely to be living in poverty with household income of less than a thousand ringgit. Therefore, medical treatment costing thousands of ringgits would seem impossible! Some may die as a result of such financial challenges . Do we CARE for them?" Visit PADUCARE website here.
 

KUBANG KERIAN, KELANTAN 29 Disember 2013 – Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) melalui cabang aktivitinya iaitu Tabung Kebajikan dan Pendidikan PADU (PADUcare) telah berjaya menganjurkan dua majlis secara serentak yang memberi makna serta harapan kepada banyak pihak memerlukan iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan PADUcare dan Pelancaran Projek “Hole In The Heart”

Kedua dua majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Pengerusi Lembaga Governan USM merangkap selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PADUcare. Seramai 29 orang pesakit yang terpilih dari dua buah hospital kerajaan di Kelantan iaitu Hospital USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II telah menerima sumbangan berbentuk kerusi roda khas, tilam angin, pampers, susu serta alatan geometri. Anggaran jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM 20,000.

“Harapan saya agar program sebegini dapat diteruskan pada masa masa akan datang kerana ianya banyak mendatangkan manfaat berguna kepada semua yang terlibat selain dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambah beliau, golongan susah wajib dibantu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat yang memerlukan perhatian daripada kita semua. Jika kita tidak turun padang menjayakan aktiviti sebegini, siapa lagi yang akan melakukannya.

Dalam majlis yang sama, pelancaran Projek “Hole In The Heart” yan turut diadakan merupakan satu usaha murni PADUcare dengan kerjasama pihak Mydin Mohamed Holding Bhd bertujuan mewujudkan dana bagi membantu pesakit jantung berlubang terutamanya golongan kanak kanak. Ianya turut mendapat perhatian beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia yang turut aktif dalam kerja kerja amal dan kebajikan seperti Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak Kanak HUSM (PEKA), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan St. John Ambulans Malaysia-Kelantan.

“Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pihak tuan/puan semua kerana sudi dan rela hati untuk turut sama membantu dalam usaha murni ini.Ternyata tuan/puan adalah insan yang prihatin serta berhati mulia,” katanya lagi.

Turut sama hadir dalam majlis berkenaan ialah beberapa pegawai utama USM, wakil Ahli Lembaga Pengarah PADUcare, wakil pihak Mydin Mohamed Holding Bhd serta beberapa wakil dari Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia.