Sitemap | Home    
» Home » Activities » Pelajar Iraq

  Pelajar Sarjana Muda Antarabangsa Pertama

KOTA BHARU, 18 Disember 2016 - Pihak Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) mengucapkan selamat datang kepada pelajar sarjana muda antarabangsa pertama MD (USM) yang mendaftar dalam  fakulti  Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia,  Mustafa Khalid Ibrahim (paling kanan) 19 tahun dari Iraq. President PADU, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah telah secara rasmi menjadi mentor kepada Mustafa dari tahun pertama”. Beliau berkata, “Saya merasa berbangga dan berbesar hati kerana memilih saya dari perintis kumpulan pengajian perubatan USM pertama untuk menjadi mentor pelajar ini.” Selain Mustafa, Profesor Madya Dr. Suhair Abbas Ahmed (dua dari kanan), Pakar Hematologi yang telah bekerja, penyelidikan, dan mengajar pelajar undergraduate dan postgraduate selama 16 tahun, bapa kepada Mustafa, Dr Khalid Ibrahim (tengah), Dr Jafri Malin Abdullah (dua dari kiri), mentor kepada Mustafa dan Profesor Dr. Mohd Suhaimi Bin Ab. Wahab (paling kiri), Pakar Perunding Pediatrik dan Farmakologi Klinikal dan juga Timbalan Dekan (Akademik). Tambah beliau lagi, “Sebagai Presiden PADU, saya teruja bahawa kita akan mempunyai alumni perubatan antarabangsa di peringkat sarjana muda.”