Sitemap | Home    
» Home » Activities » PADU meets with Chairman, Board of Governors, USM

  PADU meets with Chairman of the Board of Governors of USM
18-June-2012

KOTA BHARU, 18 Jun 2012 - Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM (PADU) mengadakan perjumpaan khas dengan Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan yang dilantik sebagai Penaung PADU.

Pada pertemuan tersebut, Pengerusi LGU telah diberikan taklimat oleh Naib Yang Dipertua PADU Profesor Madya Dr. Wan Mohd Faisham dan Setiausaha Agung PADU Dr. Azreen Syazril Adnan yang berkaitan profesion perubatan dan isu-isu yang ada dalam usaha meningkatkan martabat profesional perubatan di negara ini. Yang Dipertua PADU Profesor Dr. Jafri Malin Abdullah tidak dapat bersama kerana urusan rasmi di luar negara. Turut hadir ialah Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman.