Sitemap | Home    
» Home » Activities » PADUcare - Majlis Penghargaan Kumpulan Perawat 'Hole In The Heart'

  PADUcare - Majlis Penghargaan Kumpulan Perawat 'Hole In The Heart'

KUBANG KERIAN, 24 September 2017 - Pihak PADUcare telah membuat satu majlis kecil sempena kedatangan kumpulan perawat ‘Hole in The Heart’ sebagai tanda penghargaan. Kumpulan perawat tersebut terdiri daripada 8 orang yang diketuai oleh Dr. Edward Peng (Pakar Kardiotirasik Pediatrik) yang hadir selama 5 hari, pada 24 – 28 September 2017. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Nik Min Ahmad mewakili Pengarah Hospital.

Selain itu, dalam majlis tersebut juga telah disampaikan sumbangan dalam bentuk ‘mock cheque’ kepada 2 orang pesakit iaitu adik Nur Qurattun Ain Mohd Fairus (RM7,950.00) dan adik Noor Syawal Izzatie Kamaruzzaman (RM7,950.00) yang diwakili oleh ibu dan bapa adik-adik tersebut.

Beberapa orang wartawan dari Kosmo, Bernama, Harian Metro, Berita Harian dan Utusan juga turut hadir.